BIODATA SAYA

 


    Nama saya Noryshea Nala Lexline Anak Alexander. Saya berumur 21 tahun, saya berasal dari Sibu, Sarawak. Saya dilahirkan pada tangal 13 Januari 2001, di Hospital Umum Sarawak. Saya berbangsa Iban dan beragama Kristian. Saya memulakan persekolahan peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan RPR Batu Kawa dan pada Tahun 4, saya telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Saint Edward Belimbing, Padawan. Saya meneruskan persekolahan peringkat atas di Sekolah Seni Malaysia, Sarawak. Saya merupakan anak kedua dari lima adik beradik.

    Ayah saya bernama Alexander Anak Suka. Beliau berasal dari Semanggang, Sri Aman. Beliau bekerja sebagai seorang Polis di Polis Diraja Malaysia dan memegang jawatan sebagai Sub-Inspektor. Nama ibu saya ialah Nora Anak Jeffery Bana. Beliau berasal dari Durin, Sibu. Beliau bekerja sebagai seorang pendidik iaitu seorang Guru di Sekolah Kebangsaan Semenggok dan memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

    Saya memiliki 5 orang adik,yang pertama Austine Asun Kleks Anak Alexander dan berumur 24 tahun. Abang saya sudah beristeri dan mempunyai seorang anak. Manakala kedua saya sendiri, ketiga. Seterusnya, Albraine Abia Kleks Anak Alexander dan berumur 20 tahun. Dia sekarang melanjutkan Diploma Tari bersama saya di UPSI. Keempat Azexfuesine Amsal Kleks Anak Alexander dan berumur 16 tahun. Dia sekarang belajar di Sekolah Seni Malysia, Sarawak dan mengambil jurusan tari juga. Terakhir yang kelima Adventuzine Alan Kleks Anak Alexander 13 tahun. Dia bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Hajjah Laila Taib. 

Comments

Popular posts from this blog

HOBI, MAKANAN DAN MINUMAN KESUKAAN SAYA

PENGALAMAN MENJADI MAHASISWA DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS